Friday 18 August 2017

AKU YANG DULUNYA…

Suatu hari kembaraku di perantauan….
Dari daratan KLIA ke langit ciptaan…
Perjalanan di sekelilingku dipenuhi ozon dan awan…
Biru putih menjadi latar ruangan….

Di saat ini aku merenung sendirian…
Ku merenung ke langit yang tidak bertiang….
Ahhh…itu sangat menakjubkan…
Kekuasaan Tuhan yang tidak dapat kupikirkan…

Di igauan gelap malam…
Mataku tidak dapat terpejam…
Dek kerana diselubungi dosa yang silam..
Ya Allah..ku mohon ampun darimu Tuhan….

Suatu ketika…
Gegar azan panggil berkumandang….
Tapi aku buat tak heran…
Seolah-olah dunia ini aku yang genggam…
Tanpa sekelumit pun  perasaan segan…

Namun…

Ternyata Allah itu Maha Penyayang…
DIA memimpinku di saat aku tersesat jalan…
DIA mentarbiyahku bahawa solat itu wajib dikerjakan…
Kerana Solat itu satu suruhan yang Wajib aku lakukan…

Suatu saat…
Aku bingung sendirian…
Penuh persoalan yang bermain di benak fikiran…
Mengapakah Quran itu perlu aku bacakan…
Apa kaitannya dengan kehidupan….

Ahh… Ternyata Allah itu Maha Pengasih..
DIA tidak membiarkan hambanya ..sendiri kebuntuan…
Kini baru kufaham bahawa itu adalah panduan..
Juga sbagai syifa’ ketenangan…

Suatu masa….
Aku dipaksa berpuasa…
Sedangkan aku langsung tak suka…
Kerana perlu menahan lapar dan dahaga…
Lalu aku mangkir suruhannya….
Namun…

Sekali lagi aku dibantuNya..
Aku dihantar belajar agama…
Lalu aku diajar hikmah berpuasa….
Baru ku tahu bahawa puasa itu dapat menundukkan nafsu yg liar dahaga…

Suatu hari…
Aku membentak kemarahan…
Wajahku berubah kemerahan…
Gara-gara disebabkan suatu suruhan…
Tutup aurat! Dan labuhkan pakaian…

Benakku sekali lagi kusut dengan persoalan….
Hatiku dirayu dengan bisikan syaitan!
Bahawa ianya suruhan yang menyusahkan!
Dan ianya tidak canting dipandang orang…

Namun….

Hakikatnya kejahilanku tidak dibiarkan lama oleh Tuhan Yang Maha Penyayang…

Aku ditarbiyah dengan penuh kasih sayang…
Ditunjukkanku bahawa ianya suatu suruhan…
Bahkan bukanlah untuk menyusahkan…
Tetapi ianya adalah untuk perlindungan….
Untuk hari yang mendatang…..

Hatiku terketuk laju…
Jiwaku sebak tidak menentu…
Mataku redup menahan sayu…
Tanpa DIA siapalah aku…
DIAlah Tuhan kekasih Rasulku…


Wahai Tuhan…ampunilah daku…. 

No comments:

Post a Comment