Suatu hari kembaraku di
perantauan….
Dari daratan KLIA ke langit
ciptaan…
Perjalanan di sekelilingku dipenuhi
ozon dan awan…
Biru putih menjadi latar ruangan….
Di saat ini aku merenung sendirian…
Ku merenung ke langit yang tidak
bertiang….
Ahhh…itu sangat menakjubkan…
Kekuasaan Tuhan yang tidak dapat
kupikirkan…
Di igauan gelap malam…
Mataku tidak dapat terpejam…
Dek kerana diselubungi dosa yang
silam..
Ya Allah..ku mohon ampun darimu
Tuhan….
Suatu ketika…
Gegar azan panggil berkumandang….
Tapi aku buat tak heran…
Seolah-olah dunia ini aku yang
genggam…
Tanpa sekelumit pun perasaan segan…
Namun…
Ternyata Allah itu Maha Penyayang…
DIA memimpinku di saat aku tersesat
jalan…
DIA mentarbiyahku bahawa solat itu
wajib dikerjakan…
Kerana Solat itu satu suruhan yang
Wajib aku lakukan…
Suatu saat…
Aku bingung sendirian…
Penuh persoalan yang bermain di
benak fikiran…
Mengapakah Quran itu perlu aku
bacakan…
Apa kaitannya dengan kehidupan….
Ahh… Ternyata Allah itu Maha
Pengasih..
DIA tidak membiarkan hambanya
..sendiri kebuntuan…
Kini baru kufaham bahawa itu adalah
panduan..
Juga sbagai syifa’ ketenangan…
Suatu masa….
Aku dipaksa berpuasa…
Sedangkan aku langsung tak suka…
Kerana perlu menahan lapar dan
dahaga…
Lalu aku mangkir suruhannya….
Namun…
Sekali lagi aku dibantuNya..
Aku dihantar belajar agama…
Lalu aku diajar hikmah berpuasa….
Baru ku tahu bahawa puasa itu dapat
menundukkan nafsu yg liar dahaga…
Suatu hari…
Aku membentak kemarahan…
Wajahku berubah kemerahan…
Gara-gara disebabkan suatu suruhan…
Tutup aurat! Dan labuhkan pakaian…
Benakku sekali lagi kusut dengan
persoalan….
Hatiku dirayu dengan bisikan
syaitan!
Bahawa ianya suruhan yang
menyusahkan!
Dan ianya tidak canting dipandang
orang…
Namun….
Hakikatnya kejahilanku tidak
dibiarkan lama oleh Tuhan Yang Maha Penyayang…
Aku ditarbiyah dengan penuh kasih
sayang…
Ditunjukkanku bahawa ianya suatu
suruhan…
Bahkan bukanlah untuk menyusahkan…
Tetapi ianya adalah untuk
perlindungan….
Untuk hari yang mendatang…..
Hatiku terketuk laju…
Jiwaku sebak tidak menentu…
Mataku redup menahan sayu…
Tanpa DIA siapalah aku…
DIAlah Tuhan kekasih Rasulku…
Wahai Tuhan…ampunilah daku….